Google Mengemaskini Aplikasi Google Search Untuk iOS

Google Mengemaskini Aplikasi Google Search Untuk iOS

Diterbitkan pada Mei 24, 2012 oleh .

Selain daripada Yahoo!, Google hari ini turut sama mengemaskini aplikasi Google Search untuk iPhone, dimana membawakan beberapa perubahan pada rekabentuk, sekaligus membolehkan anda mendapatkan hasil carian yang lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.

Melalui aplikasi Google Search yang baru ini, Google menyertakan enjin autocomplete dan enjin ramalan perkataan yang berfungsi lebih pantas lagi, sekaligus membolehkan anda mendapat pelbagai ramalan sebaik sahaja anda memulakan untuk menaip perkataan.

Pada masa yang sama, laman web Google juga kini load lebih pantas, memudahkan anda membuat pelbagai carian dengan senang. Carian gambar juga kini diperlihatkan dalam bentuk menarik, memudahkan anda melakukan carian, dan melihat gambar resolusi tinggi terus melaluinya.

Selain daripada itu, melalui aplikasi Google Search untuk iOS, ia turut sama membawakan akses pantas untuk aplikasi-aplikasi Google, membolehkan anda menguruskan dan mengakses pelbagai aplikasi dengan mudah terus melalui halaman khas padanya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Search hari ini pada iOS anda, dan mula menggunakannya untuk melakukan pelbagai carian, mahupun mengakses pelbagai produk Google dengan pantas.


TIPS & ULASAN