Astro On-The-Go Bakal Dilancarkan Kepada Umum Minggu Hadapan

Astro On-The-Go Bakal Dilancarkan Kepada Umum Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 24, 2012 oleh .

Selain daripada perkhidmatan Astro Mobile yang sedia ada, nampaknya, kini, gergasi televisyen berbayar di Malaysia itu sedang dalam persediaan untuk melancarkan perkhidmatan mudah-alih terbaru mereka, dinamakan sebagai Astro On-The-Go.

Buat masa ini, apakah itu Astro On-The-Go masih tidak diketahui sepenuhnya. Daripada apa yang kedengaran ialah ia akan membolehkan para pengguna membawa saluran Astro ke mana sahaja mereka pergi.

Astro sendiri dijangka akan melancarkan perkhidmatan ini secara rasminya pada minggu hadapan, hari Rabu kelak. Mungkin kita boleh nantikan sesuatu yang baru daripada Astro melaluinya. Sama-sama kita nantikan perkembangan mengenainya.


TIPS & ULASAN