TeratoTech Dan DeNA Menandatangani Perjanjian Kerjasama

TeratoTech Dan DeNA Menandatangani Perjanjian Kerjasama

Diterbitkan pada Mei 24, 2012 oleh .

Umum sedia kenali akan syarikat pembangun aplikasi mudah-alih tempatan, TeratoTech. Dan hari ini, secara rasminya, pihak TeratoTech dan juga DeNA Asia Pacific telah pun menandatangani perjanjian dalam bekerjasama menawarkan permainan kepada para pengguna.

Untuk makluman, DeNA merupakan salah satu syarikat penyedia platform rangkaian sosial, dan permainan mudah-alih di Jepun. Dan melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam beberapa perkara, termasuk enjin permainan, rundingan rekabentuk permainan, sokongan promosi, sokongan terjemaahan, dan pelbagai perkara yang lain lagi.

Ia masih lagi tidak diketahui apakah jenis permainan yang akan dibangunkan bersama oleh kedua-dua pihak ini. Permainan terkini yang dibangunkan dan dilancarkan oleh TeratoTech adalah Adam Dream, yang mana menawarkan permainan bercorak pendidikan.


TIPS & ULASAN