Cari @ Amanz

Setelah menambah peranti Nokia Lumia 900 di web rasmi Nokia Malaysia, akhirnya kini para pengguna tempatan telah pun boleh mula menguji dan melihat terlebih dahulu peranti Windows Phone yang dinantikan ramai ini di beberapa Nokia Store Malaysia.

Nokia Lumia 900 merupakan peranti Windows Phone dengan spesifikasi tinggi daripada pihak Nokia. Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin AMOLED bersaiz 4.3-inci, kamera 8-megapixel dibelakang dengan sokongan optik Carl Zeiss, kamera hadapan 1-megapixel untuk panggilan video, jangka masa bertahan bateri sehingga 400 jam.

Dengan set ujian dan promosi Nokia Lumia 900 yang sudah pun mula kelihatan di Nokia Store tempatan, mungkin kita akan dapat melihat ianya dilancarkan dalam masa seminggu dua lagi.

Gambar daripada Khairul Idham dari Nokia Store Bukit Tinggi, Klang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd