Akhirnya, setelah memperkenalkan satu demi satu aplikasi secara berperingkat, kini Maxis telah pun melancarkan perkhidmatan storan awan mereka yang tersendiri kepada para pengguna Maxis, menawarkan ruangan percuma sebanyak 5GB secara percuma.
Melalui Loker, ia membolehkan para pengguna menyimpan data-data penting, termasuk buku alamat, gambar, video, lagu dan fail-fail yang lain di storan awan, dna mengaksesnya menggunakan sebarang peranti. Buat masa ini, aplikasi Loker ditawarkan untuk Android dan BlackBerry, disamping turut boleh digunakan melalui aplikasi desktop OS X dan Windows, serta akses melalui web.
Selain daripada ruangan percuma sebanyak 5GB, Maxis juga turut membolehkan para pengguna menaik-taraf akaun mereka kepada ruangan sebesar 10GB dan 20GB dengan mudah, dan pembayaran dilakukan dengan penolakkan kredit pada akaun Maxis anda.
Sekiranya anda merupakan pelanggan Maxis, dan ingin menggunakannya, boleh melayari laman web Loker.com.my hari ini.