Samsung Galaxy S3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Samsung Galaxy S3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Mei 24, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, hari ini, Samsung secara rasminya melancarkan Galaxy S3 di Malaysia, sekaligus menawarkan peranti Android yang dinantikan ramai itu ke pasaran tempatan. Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui bilakah penjualannya akan dimulakan, dan berkemungkinan besar, ia hanya akan bermula pada minggu hadapan.

Galaxy S3 membawakan cip pemprosesan empat-teras bersama-sama dengannya, sekaligus menawarkan peranti berkuasa tinggi dan berkualiti kepada para pengguna. Ia membawakan skrin seluas 4.8-inci bersama-sama dengan kamera 8-megapixel padanya. Kamera yang terbina pada Galaxy S3 membawakan sokongan Burst Pictures, Best Photos dan sebagainya. Ia turut sama didatangkan dengan bateri sebesar 2,100mAh padanya, membolehkan anda menikmati masa penggunaan yang lama tanpa risaukan penggunaan tenaganya.

Galaxy S3 turut dikatakan diinspirasikan daripada alam semulajadi. Melalui peningkatan teknologi, Galaxy S3 turut samam membawakan sokongan untuk mendengar, melihat dan memahami penggunanya.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan bersama oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan, termasuk DiGi, Celcom dan juga Maxis.


TIPS & ULASAN