Setelah memperkenalkan kemaskini aplikasi Google+ kepada para pengguna iOS sebelum ini, hari ini Google turut sama memperkenalkan kemaskini untuk para pengguna Android, dimana membawakan antaramuka baru kepada aplikasi sosial daripada Google itu, disamping turut didatangkan bersama-sama dengan beberapa fungsi baru.
Selain daripada antaramuka dan fungsi menyerupai iOS, untuk para pengguna Android, ia turut membolehkan para pengguna memulakan Hangout terus dengan mudah melalui aplikasi, dan bukannya seperti sebelum ini, hanya membolehkan para pengguna menyertai sahaja melalui peranti mudah-alih, dan tidak boleh membuat Hangout.
Beberapa fungsi ringkas yang lain adalah termasuk kebolehan memuat-turun gambar daripada Google+ kepada peranti, butang +1 yang lebih mudah ditekan, dan sokongan navigasi yang lebih senang.
Bagi para pengguna Android yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Google+ hari ini, dan mula dengan aktif lagi menggunakan perkhidmatan sosial daripada Google itu.