Cari @ Amanz

DiGi Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S3 – Lagi Sekali?

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah kes tempoh hari, kini DiGi sekali lagi memulakan pendaftaran minat untuk Samsung Galaxy S3, membolehkan mereka yang berminat mendapatkan peranti terkini daripada Samsung itu daripada syarikat telekomunikasi DiGi pada harga subsidi dan dengan komitmen bulanan.

Buat masa ini, harga rasmi peranti tersebut masih tidak diketahui secara rasminya. Namun, pihak MalaysianWireless melaporkan ia bakal dijual pada harga RM2199. Semestinya, DiGi bakal menawarkan peranti tersebut pada harga lebih murah bersama-sama dengan komitmen bulanan untuk suatu tempoh masa.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat anda hari ini untuk peranti Samsung Galaxy S3 daripada DiGi. Berkemungkinan kita akan turut dapat melihat Celcom dan Maxis memulakan pendaftaran minat untuk peranti sama dalam masa terdekat ini.


Komen ()