(Video) Nyah-Kotak Dan Pandang Pertama Samsung Galaxy S3

(Video) Nyah-Kotak Dan Pandang Pertama Samsung Galaxy S3

Diterbitkan pada Mei 25, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Samsung Malaysia secara rasminya telah pun melancarkan peranti generasi baru yang dinantikan ramai, Galaxy S3 pada malam tadi, dan kami di Amanz, telah berpeluang untuk menguji satu peranti. Sehingga kini, ia masih tidak diketahui bilakah ianya akan mula dijual, dengan spekulasi awal mengatakannya pada minggu hadapan.

Galaxy S3 membawakan skrin Super AMOLED seluas 4.8-inci dengan ketumpatan pixel sehingga 306PPI, sokongan ruang storan tambahan melalui mikro-SD, 1GB RAM, bateri 2100mAh boleh tanggal, kamera 8-megapixel dibahagian belakang, dan kamera hadapan 1.9-megapixel, sokongan rakaman video 1080p, cip pemprosesan empat-teras, menggunakan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich, dan didatangkan dengan antaramuka TouchWiz 4.0 bersama dengannya.

Jadi, adakah Samsung Galaxy S3 bakal menjadi pilihan anda?


TIPS & ULASAN