Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada kerjasama pada platform mudah-alih, kini bermula hari ini, sokongan Nokia Maps turut sama akan diintegrasikan pada Bing, sekaligus memberikan data yang lebih banyak seperti sokongan trafik, dan algoritma geocoding daripada Nokia Maps turut disertakan pada Bing Maps.

Walaubagaimanapun, sebagai permulaan, ia hanya diperkenalkan pada sebanyak 24 negara sahaja, dan belum lagi termasuk di Malaysia. Mungkin tidak lama lagi, ia akan turut diperkenalkan, namun mungkin mengambil masa beberapa minggu mahupun bulan.

Melalui data yang disediakan, ia membolehkan para pengguna mengikuti kemaskini semasa, termasuk kemalangan di jalan raya dan sebagainya pada Bing Maps.

Nokia Maps boleh dikatakan sebagai antara tawaran peta yang terbaik di pasaran, menawarkan perjalanan dan peta yang lebih baik berbanding dengan beberapa pesaing diluar. Mungkinkah sekiranya ia diperkenalkan di Malaysia kelak, ia akan lebih popular berbanding dengan Google Maps yang digunakan hari ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd