Celcom Turut Sama Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S3

Celcom Turut Sama Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Galaxy S3

Diterbitkan pada Mei 25, 2012 oleh .

Selain daripada DiGi, kini Celcom turut sama telah memulakan pendaftaran minat untuk peranti Android yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S3. Walaubagaimanapun, harga jualan dan pakej daripada Celcom masih tidak diketahui buat masa ini.

Walaubagaimanapun, berbeza dengan DiGi, Celcom hanya menawarkan satu warna peranti sahaja, iaitu Marble White. Dan ia turut memperlihatkan Celcom bakal mengadakan promosi pelancaran di tiga lokasi, iaitu di MidValley KL, AEON Station 18 Ipoh, dan juga Sutera Mall Johor.

Jadi, adakah anda akan mendapatkan Galaxy S3 daripada Celcom ataupun DiGi, ataupun menantikan ianya ditawarkan tanpa sebarang kontrak?


TIPS & ULASAN