Nokia PureLamda Bersama-sama Dengan Windows Phone 8 Mula Kelihatan

Nokia PureLamda Bersama-sama Dengan Windows Phone 8 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Mei 25, 2012 oleh .

Nokia Lumia 900 kini semakin menghampiri pelancarannya di malaysia, dan menariknya, beberapa gambar awal untuk peranti Nokia yang seterusnya sudah pun mula kelihatan, dikatakan sebagai peranti yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Windows Phone 8 (Apollo) kelak.

Melalui gambar yang diperlihatkan, melalui ujian benchmark yang dilakukan, ia mempamerkan nama peranti tersebut sebagai Nokia PureLambda dan diuji menggunakan sistem operasi Windows Phone versi 8.0.9842.

Bersama-sama dengannya, MyNokiaBlog turut sama memperlihatkan gambar, memperlihatkan beberapa peranti Nokia yang lain turut diuji, termasuk yang dinamakan sebagai Nokia Alpha, dan juga Nokia Phi.

Jadi, adakah kita akan dapat melihat pengumuman dan fungsi-fungsi baru daripada Windows Phone 8 diumumkan oleh Microsoft tidak lama lagi.

Sebagai tambahan, pihak Apple dan Google sedang dalam penyediaan acara terbesar mereka, masing-masing dengan WWDC dan juga Google I/O, yang mana serba sebanyak akan berkongsi akan data berkaitan sistem operasi generasi baru daripda mereka kelak.


TIPS & ULASAN