Nampaknya, selain daripada laman untuk peminat fesyen, Zalora ataupun laman untuk peminat peralatan elektronik, Lazada – kini, Rocket Internet terus memperkukuhkan kedudukan mereka di arena industri jual beli tempatan dengan menawarkan laman Home24 yang memfokuskan kepada dekorasi didalam rumah.
Laman yang telah aktif untuk lebih kurang seminggu ini membolehkan anda membeli perabot, peralatan dekorasi rumah, dan sebagainya dengan mudah terus secara atas-talian, tanpa perlu singgah ke kedai seperti sebelumnya.
Pada masa yang sama, tiada sebarang caj dikenakan untuk penghantaran barangan ke rumah, disamping para pengguna juga turut boleh mendapatkan wang kembali (dalam bentuk baucer) sekiranya mereka mendapati barangan yang dijual di Home24 lebih mahal daripada penjual yang lain.
Dengan pelancaran Home24 di Malaysia ini, seterusnya, tidak lama lagi pihak Rocket Internet bakal melancarkan Price Panda, salah satu perkhidmatan untuk anda membandingkan harga jualan dan sebagainya dengan mudah. Namun, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi.