Aplikasi iOS Untuk YellowPages Bakal Dilancarkan Pada Bulan Hadapan

Aplikasi iOS Untuk YellowPages Bakal Dilancarkan Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Mei 25, 2012 oleh .

Bagi para pengguna tempatan, YellowPages merupakan salah satu perkara yang diketahui dan dikenali ramai, yang mana menyediakan direktori pelbagai perniagaan di Malaysia. Sejak melancarkan laman web YellowPages pada tahun 2003, ia telah melalui pelbagai fasa, dimana kini menerima kunjungan sehingga 1 juta pengunjung setiap bulan.

Namun, dengan era yang beralih kepada medium mudah-alih, Telekom Malaysia tidak ingin melepaskan peluang untuknya, dan bakal melancarkan aplikasi Yellow Pages kepada pelbagai platform mudah-alih tidak lama lagi.

Mereka mensasarkan untuk melancarkan aplikasi iOS untuk Yellow Pages seawal bulan Jun 2012 ini, dan akan diikuti dengan Android selepas itu, sebelum aplikasi untuk platform-platform lain diperkenalkan.

Bersama-sama dengan itu, Telekom Malaysia turut memperkenalkan penampilan dan rekabentuk baru YellowPages, yang mana boleh diakses semua bermula daripada hari ini.


TIPS & ULASAN