Cari @ Amanz

Jikalau dilihat daripada syarikat penyedia aplikasi mudah-alih, Opera Software merupakan salah satu yang popular. Dan kini dengan Facebook mula memberikan fokus utama kepada platform mudah-alih, beberapa ura-ura mengatakan Facebook kini berminat untuk mengambil-alih Opera.

Dalam industri pelayar web mudah-alih, walaupun Google dan Mozilla masih lagi mempunyai perjalanan yang jauh, Opera boleh dikatakan agak kukuh kedudukannya, dengan kerjasama bersama pelbagai syarikat telekomunikasi seluruh dunia. Dan sekiranya Facebook mengambil-alih Opera Software, semestinya ia akan terus mengukuhkan kedudukan Facebook dalam industri mudah-alih, selain membolehkan pelayar web Opera digunakan dengan lebih meluas lagi melalui sokongan promosi oleh Facebook.

Sebelum in sendiri, Facebook telah mengambil-alih Instagram, dan kini adakah benar Opera turut sama akan jatuh di atas tangan Facebook? Melalui IPO baru-baru ini, Facebook mempunyai lebihan wang dan semestinya mempunyai wang yang cukup untuk mengambil-alih Opera.

Namun, seperti biasa, segalanya masih pada peringkat ura-ura buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd