Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pembangun membangunkan permainan, dan memudahkan para pengguna memainkan sesuatu permainan, kini laman sosial terkemuka, iaitu Facebook membawakan fungsi sokongan untuk memainkan permainan terus pada bahagian News Feed.
Melaluinya, ia membawakan fungsi seumpama memainkan video, dimana sebaik sahaja para pengguna Facebook klik pada ikon permainan melalui apa yang dikongsikan rakan-rakan, mereka boleh memainkan permainan tersebut terus pada News Feed tanpa perlu melalui proses yang sukar seperti sebelum ini.
Namun, ia lebih memfokuskan kepada permainan mini, dan bukannya permainan penuh seperti sebelum ini. Perkara ini semestinya akan membolehkan seseorang pengguna itu menguji terlebih dahulu sesuatu permainan sebelum menambah aplikasi permainan tersebut pada profil mereka.
Pada masa yang sama, berkemungkinan ini adalah salah satu strategi pihak Facebook dalam membolehkan para pengguna menghabiskan lebih masa pada platform mereka berbanding sebelumnya.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan idea awal, mungkin boleh mencuba memainkan permainan Angry Birds pada bahagian News Feed anda hari ini.