Selain daripada cip pemprosesan pada peranti mudah-alih, salah satu perkara lain yang turut menjadi persaingan kuat adalah dari segi kamera. Nokia sendiri menetapkan sebuah tahap baru melalui telefon pintar Nokia Pureview mereka, dan kini pengeluar sensor kamera, OmniVision mengumumkan mereka akan memperkenalkan kamera telefon pintar dengan resolusi 16-megapixel tidak lama lagi.
OmniVision mensasarkan untuk memperkenalkan dua cip kamera yang baru iaitu OV16820 dan juga OV16825. Melaluinya, selain boleh merakamkan gambar berkualiti tinggi, ia juga bakal membolehkan para pengguna merakamkan kamera definisi tinggi dalam format 4K.
Ini juga mungkin menjadi titik tolak kepada sokongan rakaman video 4K pada telefon pintar, salah satu perkara yang sekaligus akan meningkatkan kualiti rakaman melalui telefon pintar.
Untuk makluman, OmniVision mempunyai beberapa rakan kerjasama yang menggunakan sensor mereka, dimana salah satunya adalah Apple yang menggunakannya pada kamera belakang iPhone.