Semakin hari, telefon pintar yang dikeluarkan bukan sahaja menawarkan skrin yang lebih besar dengan cip pemprosesan lebih berkuasa, tetapi turut memfokuskan kepada ketebalan peranti tersebut sendiri. Dan terkini, pengeluar dari China, Oppo memperkenalkan telefon pintar paling nipis didunia, dinamakan sebagai Finder.
Oppo Finder ini menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, dengan skrin Super AMOLED Plus sebesar 4.3-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Namun, perkara yang difokuskan padanya adalah dimana ia hanya setebal 6.65mm, sekaligus menjadikannya telefon pintar paling nipis didunia.
Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui sama ada peranti ini akan dijual diseluruh dunia, ataupun hanya untuk pasaran beberapa negara tertentu sahaja buat masa ini.