Penganalisa : GTA V Bakal Mula Dijual Sekitar Suku Tahun Pertama 2013

Penganalisa : GTA V Bakal Mula Dijual Sekitar Suku Tahun Pertama 2013

Diterbitkan pada Mei 27, 2012 oleh .

Grand Theft Auto boleh dikatakan salah satu permainan popular selain daripada Max Payne 3 dan beberapa permainan lain daripada Rockstar Games. Walaupun pihak Rockstar Games telah mengeluarkan trailer untuk permainan Grand Theft Auto V, ia masih tidak diketahui bilakah permainan tersebut akan dilancarkan kepada umum.

Mengikut beberapa penganalisa, permainan Grand Theft Auto 5 disasarkan untuk dilancarkan sekitar suku tahun pertama 2013 kelak, dan mengatakan permainan tersebut dijangka akan dijual melebihi 14 juta unit seluruh dunia.

Sebelum ini, GTA 4 telah terjual hampir 13 juta unit hanya pada tahun pertama, dan semestinya dengan perkembangan teknologi pada masa kini, ia mungkin akan memberikan impak yang lebih meluas terhadap jualan GTA 5 kelak.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, Rockstar Games masih tidak mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkaitan permainan ini. Mungkin kita akan dapat mendengar lebih lanjut mengenainya pada E3 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN