Cari @ Amanz

Semalam kami telah mengadakan LepakIT yang pertama di Taman Permainan KLCC. Aktiviti ini dilakukan kerana secara kebetulan kami sedang mempunyai banyak peranti terkini yang perlu diulas dan ramai pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan peranti tersebut jadi dalam masa kurang 24 jam, kami telah merancang aktiviti sebegini.

Antara peranti yang dipersembahkan pada LepakIT ini adalah

  1. Samsung Galaxy S3
  2. HTC One V
  3. HP Folio 13
  4. Samsung Galaxy Nexus
  5. iPad Baharu
  6. Yes Eclipse
  7. Yes Huddle XS
  8. HTC Desire (fon Aman yang dah tua bangka pun nak masuk list gak)
  9. Kamera Samsung dengan sokongan WiFi
  10. Nokia Lumia 800
  11. BlackBerry Torch 9850
  12. HTC One X – Shibli yang punya

Dan acara ini diadakan dengan konsep ‘potluck’ dimana hadirin juga membawa makanan sendiri sebagai jamuan ringan. Dan berikut adalah sedikit gambar semasa LepakIT semalam

Kiri-kanan: Shibli Nuqman, Arib Ismail, Rauf Ridzuan, Mohd Ismail, Mr Piratz, Roslan Nazri, Aman Firdaus, Effi Blogserius, CEO Blogr.my, Alif Alfiandy, Ikhwan Nazri. Terima kasih AzmanIshak kerana merakamkan gambar ini.

Aktiviti yang telah dilakukan adalah seperti perbandingan diantara peranti terkini seperti Samsung Galaxy S3, HTC One X, percubaan menggunakan Beats yang didatangkan dengan HTC One X, demo Windows Bootcamp menggunakan MacBook Pro, dan juga perkongsian pendapat antara satu sama lain. Ia boleh dilihat dengan jelas dari gambar diatas. Acara ini telah berlangsung dari pukul 4 petang sehingga 630 petang.

Dan berikut adalah sedikit gambar tambahan dari Arib2020. Lebih banyak gambar boleh dilihat pada blogpost beliau.

Terima kasih buat para hadirin sekalian dan kami mungkin akan melakukan acara sebegini pada masa hadapan. Sekiranya terdapat sebarang komentar dan cadangan, boleh kemukakan di bawah ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd