Cari @ Amanz

Seperti umum sedia maklum, pada beberapa hari yang lepas, jailbreak tanpa tambatan telah dikeluarkan oleh pihak Chronic Dev Team, membolehkan para pengguna iOS 5.1.1 menikmati pelbagai fungsi tambahan yang dibawakan oleh sokongan jailbreak dan juga aplikasi Cydia bersama dengannya.

Salah satu soalan yang kami terima adalah bagaimana untuk jailbreak peranti iOS 5.1.1, dan kini kami sediakan sebuah tutorial ringkas berkaitan dengannya.

Terlebih dahulu, sebelum melakukan proses jailbreak adalah lebih baik membuat salinan pendua untuk fail-fail yang tersimpan pada peranti iOS anda. Untuk melakukannya, ianya adalah amat mudah, dimana anda hanya perlu menghubungkan peranti iOS anda ke iTunes pada komputer seperti biasa.

Klik kanan pada menu Devices, dan seterusnya pilih tetapan Backup. Peranti anda akan di backup pada komputer, sekaligus membolehkan anda mengembalikan fail-fail yang tersimpan dengan mudah sekiranya mengalami sebarang masalah ketika proses jailbreak.

Melalui Absinthe 2.0, proses jailbreak adalah amat mudah, dimana anda hanya perlu menghubungkan peranti iOS 5.1.1 anda kepada komputer melalui sambungan USB, dan seterusnya membuka fail Absinthe 2.0. Anda boleh memuat-turunnya secara percuma untuk sistem operasi Windows, Mac OS X ataupun Linux.

Selesai memasang Absinthe 2.0 pada komputer anda, mulakannya, dan anda akan melihat butang Jailbreak untuk anda memulakan proses jailbreak peranti anda.

Setelah lebih kurang 2 minit, anda akan melihat skrin peranti anda mempamerkan mesej Restore in Progress, dan akan memulakan peranti tersebut secara automatik.

Setelah beberapa ketika, Absinthe akan memperlihatkan proses jailbreak telah selesai, dan anda boleh menggunakan peranti iOS anda dengan mudah. Untuk mengesahkan peranti anda telah di jailbreak sebuah ikon baru akan kelihatan, iaitu Cydia.