#BecauseWeMay Menawarkan Ratusan Permainan Pada Harga Diskaun

#BecauseWeMay Menawarkan Ratusan Permainan Pada Harga Diskaun

Diterbitkan pada Mei 27, 2012 oleh .

Semua sedia maklum, terdapat ratusan aplikasi berbentuk permainan yang berbayar pada platform iOS, Android, Steam dan pelbagai platform lain lagi. Bersempena dengan bulan Mei ini, pelbagai pembangun dari seluruh dunia, kini bergabung dibawah kempen, #BecauseWeMay dan menawarkan aplikasi mereka pada diskaun sehingga 50% untuk para pengguna.

Tawaran ini disediakan oleh mereka sehingga ke 1 Jun kelak, membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun pelbagai jenis permainan yang digemari mereka pada kadar diskaun, sebelum harganya berubah kembali kepada harga asal bermula bulan Jun kelak.

#BecauseWeMay juga menjadi salah satu platform untuk pembangun bebas menawarkan permainan mereka kepada pemain pada harga murah, selain daripada apa yang ditawarkan oleh Humble Bundle dan sebagainya.

Sekiranya anda berminat, mungkin boleh melihat pelbagai permainan yang ditawarkan, termasuk pada platform BlackBerry PlayBook, Windows dan sebagainya. Ratusan permainan disediakan, dimana tentunya membuat anda rambang mata untuk memilih. Sekiranya anda mendapati sebarang permainan yang menarik, jangan lupa untuk berkongsi dengan yang lain melalui ruangan komen.


TIPS & ULASAN