Cari @ Amanz

Google Dan Asus Bakal Memperkenalkan Tablet Nexus Bulan Hadapan?

Oleh Aman

Link Copied!

Menjelang bulan Jun, salah satu acara yang dinantikan ramai adalah Google I/O yang mana bakal menjadi titik tolak untuk apa yang bakal dibawakan oleh Google melalui Android dan juga Chrome. Dan kini, ura-ura awal mengatakan Google dan Asus bakal memperkenalkan tablet Nexus pada acara tersebut.

Buat masa ini, sebarang spesfikasi mengenai tablet Nexus daripada Asus itu tidak diketahui lagi. Namun, ia diperkatakan tablet tersebut akan dijana menggunakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3, disamping menggunakan Android 5.0 Jelly Bean. Dari segi saiz, berkemungkinan besar, mengikut laporan awal, ia bersaiz sekitar 7-inci.

Namun, ia masih di peringkat ura-ura, dan dengan tempoh hanya sebulan lagi, pelbagai perkara mungkin akan kedengaran sedikit demi sedikit. Malah, berita dan informasi berkaitan Jelly Bean masih lagi kurang kedengaran sehingga kini, dan masih menjadi tanda tanya ramai pengguna.


Komen ()