Cari @ Amanz

LG Display Hadir Dengan Skrin 5-inci Dengan Resolusi 440ppi

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkinkah tidak lama lagi, paparan pada peranti mudah-alih semuanya melangkaui 400ppi? Terkini, hari ini, LG Display telah pun memperkenalkan paparan mudah-alih terbaru mereka yang didatangkan dengan sokongan paparan 1080p HD, dengan ketumpatan pixel sehingga 440PPI pada skrin bersaiz 5-inci.

Ia didatangkan dengan paparan 16:9, dan direkabentuk untuk paparan HD pada peranti mudah-alih. Skrin paparan bersaiz 5-inci dalam bentuk panel LCD tersebut adalah skrin dengan resolusi tertinggi pada paparan mudah-alih sehingga ke hari ini.

LG Dipslay mensasarkan untuk melancarkannya pada pertengahan kedua tahun ini, dan mungkin peranti yang menggunakannya akan hadir tidak lama lagi, sama ada daripada LG sendiri, mahupun daripada pengeluar luar.


Komen ()