Cari @ Amanz

Dengan dunia web hari ini, para pengguna seluruh dunia menghabiskan masa yang amat lama pada sesuatu laman web, seperti Facebook dan Twitter. Ianya merupakan salah satu perkara yang bagus untuk anda ketahui betapa lamakah anda menghabiskan masa di sesuatu laman web, dan melalui Mind The Time untuk Firefox, anda boleh ketahuinya dengan mudah.

Mind The Time merupakan salah satu add-on khas untuk Firefox, membolehkan anda memantau masa yang dihabiskan pada sesuatu laman web, ataupun melihat laporan penuh berkaitan pada laman apakah yang anda habiskan masa pada sesuatu hari, dan berapa lama masa dihabiskan padanya.

Selain daripada laporan yang disediakan, salah satu fungsi menarik padanya yang kami sukakan adalah Reminder Messages. Melaluinya, ia memberikan notifikasi kepada anda setelah anda menghabiskan sesuatu masa (seperti mana yang ditetapkan oleh anda), sekaligus membolehkan anda memfokuskan kepada kerja dan perkara yang lebih penting.

Bagi anda yang mana kerja harian bergantung kepada web dan internet, semestinya add-on untuk Firefox ini boleh membantu anda dalam mengekalkan produktiviti harian anda. Sekiranya berminat, mungkin boleh memuat-turun dan memasangnya terus pada Firefox anda hari ini secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd