Konsol PlayStation 4 Bakal Membawakan RAM Sebanyak 10GB?

Konsol PlayStation 4 Bakal Membawakan RAM Sebanyak 10GB?

Diterbitkan pada Mei 28, 2012 oleh .

Konsol generasi baru daripada Sony, iaitu PlayStation 4 merupakan salah satu konsol yang dinantikan ramai. Kini, ura-ura awal mengatakan konsol generasi baru daripada Sony itu kelak akan membawakan tenaga pemprosesan yang amat tinggi, dan akan menggunakan memori sebanyak 10GB padanya, bersama-sama dengan memori video sebanyak 10GB.

Ia diperkatakan, GPU untuk konsol baru kelak akan menggunakan teknologi Kepler daripada NVIDIA, yang mana akan membolehkan para pengguna memainkan dalam resolusi 3840×2160, serta menikmati paparan penuh 1080p dalam bentuk 3D.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah konsol generasi baru ini akan dipasarkan oleh Sony. Namun, mengikut ura-ura awal, ia akan dipasarkan pada tahun hadapan. Dan salah satu perkara yang mengembirakan adalah dimana ia juga diperkatakan, PlayStation 4 kelak akan menyokong segala permainan daripada era PS One sebelum ini.


TIPS & ULASAN