Lumia 610 Tidak Menyokong Pelbagai Aplikasi Popular?

Lumia 610 Tidak Menyokong Pelbagai Aplikasi Popular?

Diterbitkan pada Mei 28, 2012 oleh .

Nokia Lumia 610 merupakan peranti dengan spesifikasi rendah yang dijana menggunakan Windows Phone. Namun, salah satu perkara yang mendukacitakan untuknya adalah dimana kini kelihatan, sokongan aplikasi untuknya adalah amat rendah berbanding peranti lain, disebabkan oleh RAM terbina yang hanya sekitar 256MB.

Seperti umum sedia maklum, sokongan aplikasi untuk platform Windows Phone masih lagi dalam proses perkembangan awal, sekaligus menjadikan bilangannya amat rendah buat masa ini berbanding platform lain. Dan dengan Nokia Lumia 610 yang disasarkan untuk pasaran yang sedang membangunkan, dan dipasarkan sebagai peranti mampu milik semua.

Sebelum ini, Microsoft hanya mengatakan yang mana sekitar 5% aplikasi sahaja tidak disokong pada Lumia 610, namun, melalui ujian yang dilakukan oleh ramai pengguna, pelbagai aplikasi popular seperti Skype, Angry Birds, Tango, malah aplikasi rasmi Google turut tidak disokong padanya.

Dan semestinya dengan hari demi hari dengan peranti yang lebih berkuasa dikeluarkan, sokongan untuk peranti menggunakan 256MB dan Windows Phone mungkin akan kurang daripada para pembangun aplikasi dan sebagainya.

Jadi, persoalannya, adakah Windows Phone masih relevan pada peranti dengan spesifikasi rendah, walaupun ianya beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah?

TIPS & ULASAN