Cari @ Amanz

Nampaknya, sememangnya ramai pengguna iOS yang menantikan sokongan jailbreak untuk iOS 5.1.1 selama ini, dimana sejak daripada Absinthe 2.0 dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, ianya telah dimuat-turun sejak daripada 1.2 juta kali.

Melalui statistik yang dikeluarkan oleh pihak Chronic Dev-Team, mereka mengatakan sebanyak lebih daripada 200,000 iPad dan juga 970,000 iPhone/iPod telah di jailbreak sejak ia dilancarkan.

Absinthe 2.0 merupakan kemaskini baru yang dilancarkan untuk jailbreak peranti yang menjalankan iOS 5.1.1 dengan amat mudah sekali, berbeza dengan pelbagai aplikasi yang lain, serta boleh dilakukan menggunakan Windows, Mac dan juga Linux.

Bagi mereka yang ingin jailbreak peranti anda, mungkin boleh rujuk kepada tutorial ringkas yang disediakan kami dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd