Nokia Memperlihatkan Sokongan Teknologi Untuk Membuat Telefon Kalis Air

Nokia Memperlihatkan Sokongan Teknologi Untuk Membuat Telefon Kalis Air

Diterbitkan pada Mei 28, 2012 oleh .

Pada hari ini, salah satu masalah utama yang menghantui ramai pengguna telefon pintar adalah takut akan peranti mereka jatuh didalam air, ataupun dibasahi hujan, sekaligus berhenti beroperasi sepenuhnya. Namun, perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi, dengan perkembangan teknologi dari hari ke hari.

Melalui sebuah video ringkas, Nokia memperlihatkan sokongan yang dinamakan sebagai “Superhydrophobic”, membolehkan peranti mudah-alih anda kalis daripada air, dan tidak rosak apabila terjatuh dalam air dan sebagainya.

Berkemungkinan besar, kelak kita akan dapat melihat sokongan ini diintegrasikan pada peranti Nokia baru yang tidak lama lagi.

Dan mungkinkah kelak Nokia akan terus menjadi pilihan utama pengguna, dengan peranti yang tahan lasak, kamera berkualiti tinggi, dan kini turut kalis daripada air?


TIPS & ULASAN