Rekabentuk Antaramuka Konsep Untuk Facebook Phone Diperlihatkan

Rekabentuk Antaramuka Konsep Untuk Facebook Phone Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 28, 2012 oleh .

Salah satu perkara hangat yang diperkatakan sepanjang hari ini di media antarabangsa adalah berkenaan dengan telefon pintar Facebook. Jadi bagaimanakah ianya akan kelihatan kelak? Seorang perekabentuk bebas, melalui halaman Dribble beliau, telah pun memperlihatkan beberapa rekabentuk antaramuka konsep untuk Facebook Phone.

Melalui konsep yang diperlihatkan, ia memperlihatkan integrasi pelbagai aplikasi terbina daripada Facebook, termasuk akses pantas kepada notifikasi permesejan, dan juga ikon-ikon yang lain, seperti Notes, Groups dan sebagainya.

Selain daripada itu, skrin utama untuk gambaran konsep tersebut juga turut memperlihatkan notifikasi berkenaan pelbagai perkara yang berlaku pada laman Facebook.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ianya hanya sekadar rekabentuk konsep sahaja, yang mana mengambil beberapa elemen daripada iOS padanya. Namun, apa yang diperlihatkan bukanlah sesuatu yang mustahil, dan sekiranya dilancarkan kelak, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN