TuneTalk Menawarkan BlackBerry Curve 9220 Pada Harga RM599

TuneTalk Menawarkan BlackBerry Curve 9220 Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Mei 29, 2012 oleh .

BlackBerry Curve 9220 merupakan salah satu telefon pintar baru daripada Research In Motion yang telah diperkenalkan sebelum ini, dan kini TuneTalk telah pun memulakan proses tempahan awal untuknya, pada harga serendah RM599. Melalui promosi yang diperlihatkan, dengan tempahan awal daripada TuneTalk, para pengguna akan mendapat penggunaan BIS percuma selama 12 bulan daripada mereka.

Melalui BlackBerry Curve 9220, ia membawakan skrin seluas 2.44-inci, papan kekunci QWERTY, trackpad berbentuk optikal, kamera 2.0-megapixel, dan juga menggunakan BlackBerry OS 7.1 padanya. Ia turut didatangkan bersama sokongan radio FM terbina, dan juga bateri Li-Ion 1450mAh.

Selain daripada Curve 9220, Research In Motion juga turut sama telah melancarkan Curve 9230 di Malaysia baru-baru ini. Namun, ia masih lagi tidak diketahui bilakah Curve 9230 akan mula dijual dan harganya masih menjadi tanda tanya buat masa ini.


TIPS & ULASAN