Cari @ Amanz

Salah satu masalah ramai adalah dimana biasanya mereka akan meletakkan penggera masa pada telefon pintar mahupun tablet mereka untuk Snooze, ataupun mematikannya secara tidak sengaja ketika mengantuk. Untuk mengatasi masalah ini, salah satu aplikasi yang disediakan untuk para pengguna Android adalah Alarm Clock Ultra.

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna boleh membuat pelbagai tetapan, seperti ingin menyelesaikan masalah Matematik untuk mematikan penggera, mahupun memilih menyelesaikan mainan teka-teki dan yang lain-lain. Tahap kesukaran turut boleh ditetapkan, dimana tiga tahap disediakan, Easy, Medium dan juga Hard.

Selain daripada untuk mematikan penggera, para pengguna turut sama boleh memilih untuk membuat perkara sama sekiranya untuk Snooze akan penggera anda.

Jadi, bagi pengguna Android, sekiranya anda mempunyai masalah untuk bangun pagi, dan sentiasa mematikan penggera tanpa disedari, mungkin aplikasi ini dimuat-turun oleh anda, dan digunakan hari ini. Versi percuma aplikasi ini ditawarkan dengan sokongan iklan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd