Cari @ Amanz

Umum sedia maklum yang mana Samsung merupakan antara pengeluar tablet Android popular di pasaran, disamping turut bekerjasama dengan pihak Microsoft untuk peranti Windows Phone. Dengan kehadiran Windows 8, semestinya mereka tidak ingin ketinggalan dalam arena tablet Windows 8, dan kini perekabentuk bebas memperlihatkan beberapa rekabentuk konsep untuk tablet Windows 8 daripada Samsung.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan sokongan projektor terbina, seperti salah satu telefon pintar mereka, membolehkan para pengguna membuat persembahan mahupun menggunakan tablet tersebut seumpama komputer (dimana tablet dikawal menjadi papan kekunci) dengan mudah.

Namun, seperti biasa, ianya hanya sekadar gambara konsep sahaja, dan masih jauh daripada realiti buat masa ini. Dan, seperti dilaporkan oleh BlogSerius, penjenamaan Galaxy digunakan oleh Samsung untuk peranti Android sahaja buat masa ini, dan tidak sesuai menggunakan nama Galaxy One pada tablet Windows ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd