Pandang Pertama : Jam Tangan Pintar Dari Motorola – MOTOACTV

Pandang Pertama : Jam Tangan Pintar Dari Motorola – MOTOACTV

Diterbitkan pada Mei 29, 2012 oleh .

MOTOACTV merupakan salah satu jam pintar yang diperkenalkan oleh Motorola pada tahun lepas, dimana dijana menggunakan Android, dan membawakan pelbagai fungsi interaktif bersama-sama dengannya. Sehingga kini, kami masih belum berpeluang mencubanya secara peribadi, tetapi telah menemui beberapa orang yang menggunakannya.

Melalui MOTOACTV, ia membawakan cip pemprosesan 600MHz OMAP3 (3630) ARMv7, RAM sebesar 256MB, dan storan terbina sebanyak 8GB, serta skrin seluas 1.6-inci. Ia turut didatangkan dengan sokongan Bluetooth 4.0 dan juga radio FM terbina padanya.

Daripada pengguna MOTOACTV yang berkongsi dengan kami, beliau mendapatkan peranti ini daripada pasaran Singapura, memandangkan ianya sukar untuk didapati di Malaysia, dan amat bersesuaian untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, seperti selalu bersukan. Pada masa yang sama, ianya juga amat sesuai ketika memandu dan sebagainya, memandangkan pengguna boleh mengetahui siapakah yang membuat panggilan dan sebagainya dengan hanya memandang jam tangan sahaja.

Selain daripada itu, beberapa fungsi lain termasuk sokongan untuk memantau aktiviti sukan seperti larian dan sebagainya, serta kawalan muzik dan juga radio melalui peranti tersebut.


TIPS & ULASAN