Cari @ Amanz

Pelbagai ura-ura mengatakan yang mana iOS6 kelak daripada Apple bakal menyertakan sokongan pemetaan yang dibangunkan sendiri oleh gergasi tersebut, dan tidak lagi bergantung kepada Google Maps. Dan terkini, sebuah gambar baru diperlihatkan oleh laman BGR, menunjukkan antaramuka awal untuk sokongan pemetaan pada iOS6.

Buat masa ini, ia diperkatakan, pemetaan daripada Apple ini dalam peringkat akhir pembangunan, dimana pembangunnya sedang menyiapkan sokongan 3D pada peta, dan sedang diuji melalui versi pembangunan iOS 6.

Selain daripada sokongan pemetaan baru dan juga perubahan minima pada bar navigasi, ia juga dilihat menyertakan butang khas Locate Me untuk membolehkan ketahui kedudukan anda pada peta.

Mungkin dengan acara WWDC yang bakal menjelang tiba, kita mungkin akan melihat lebih banyak maklumat berkaitan iOS 6 ini kedengaran sedikit demi sedikit. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd