Cari @ Amanz

Lanjutan daripada Astro On-The-Go yang kami laporkan pada minggu lepas, kini beberapa informasi lanjut mengenainya diketahui, disamping aplikasi iPad untuk Astro On-The-Go telah pun boleh didapati daripada AppStore secara percuma sejak awal pagi tadi.

Melalui penerangan yang disediakan oleh Astro melalui halaman aplikasi mereka, Astro On-The-Go dikatakan merupakan salah satu perkhidmatan tambahan daripada Astro, dalam membawakan saluran rangkaian mereka kepada pelbagai peranti untuk diakses pada bila-bila masa dan dimana jua berada.

Namun, untuk menggunakannya, ia memerlukan akaun Astro untuknya, dan boleh didapatkan dengan mendaftar melalui halaman Astro. Seperti biasa, ia perlu disatukan dengan akaun AstroTV sedia ada anda, untuk membolehkan anda mengikuti pelbagai Video On Demand melaluinya. Pada masa yang sama, turut diperkatakan perkhidmatan ini boleh digunakan walaupun anda bukanlah seorang pelanggan Astro.

Melalui aplikasi yang ditawarkan, ia membolehkan para pengguna Astro On-The-Go menikmati beberapa saluran TV tempatan dan antarabangsa, mengikuti VOD, mengikuti siaran langsung, dan pelbagai perkara yang lain lagi.

Dan seperti biasa, memandangkan ianya menggunakan sokongan internet untuk memainkan video dan siaran pada peranti mudah-alih anda, mungkin ianya adalah baik sekiranya anda menyambungkannya pada WiFi ketika menggunakannya untuk mengelakkan caj data yang tinggi dikenakan.

Maklumat lanjut berkaitan dengan Astro On-The-Go ini akan kami bawakan langsung daripada acara pelancarannya pada petang ini oleh Astro.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd