Cari @ Amanz

Astro On-The-Go Untuk Android Bakal Menyusul Pada Bulan September

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti semua sedia maklum, sejak awal hari ini, aplikasi Astro On-The-Go untuk iPad telah pun dilancarkan, membolehkan para pengguna menikmati beberapa saluran Astro pada iPad mereka secara percuma. Bercakap pada pelancaran Astro On-The-Go hari ini, aplikasi Android untuk Astro On-The-Go dikatakan bakal menyusul pada fasa kedua promosi aplikasi tersebut, membolehkan para pengguna Android turut sama menikmati perkhidmatan tersebut.

Selain daripada aplikasi Android, Astro juga mensasarkan untuk menambah saluran yang ditawarkan melalui perkhidmatan mereka itu dari semasa ke semasa. Buat masa ini, mereka menawarkan sebanyak 11 saluran melalui Astro On-The-Go, yang mana bukan sahaja boleh dilayari melalui iPad, tetapi turut sama boleh diakses menggunakan web melalui laman rasmi Astro On-The-Go.

Melalui ujian ringkas kami pada iPad, ia membolehkan para pengguna yang tidak mempunyai akaun Astro TV untuk menggunakannya dan menikmati sebahagian daripada saluran dan juga rancangan yang disediakan. Ia tidak diketahui sampai bilakah ianya akan terus disokong ataupun sekadar promosi pengenalan untuk meramaikan pengguna sahaja.


Komen ()