Akhirnya, bagi para pengguna Galaxy S2 di Malaysia, anda sudah boleh mendapatkan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich terus melalui OTA ataupun Kies dan menikmati pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya. Beberapa pengguna turut melaporkan, Galaxy S2 versi “G” turut sama telah boleh dikemaskini.
Melalui kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich, ia membawakan beberapa fungsi tambahan, disamping mengoptimasikan lagi penggunaan bateri dan lain-lain supaya berjalan dengan lancar.
Antara fungsi baru pada Ice Cream Sandwich termasuk sokongan multi-tasking yang lebih mudah, kawalan penggunaan data dan juga sokongan Face Unlock. Bagi pengguna sedia ada Galaxy S2, anda mungkin boleh memulakan kemaskini Ice Cream Sandwich untuk peranti anda, dan menikmati pelbagai fungsi yang didatangkan bersama dengannya.
Terima kasih Riez.