Cari @ Amanz

Sony Mobile hari ini telah pun menambah dua lagi peranti baru pada keluarga telefon pintar Xperia, iaitu Xperia Go dan juga Xperia Acro S, yang mana kedua-duanya memfokuskan kepada peranti tahan lasak dan juga kalis air, selain pada masa yang sama membawakan rekabentuk yang amat menarik sekali bersama-sama dengannya.

Kedua-dua peranti ini turut sama membawakan paparan Reality padanya untuk memperlihatkan gambar dengan lebih jelas, selain turut disertakan dengan sokongan merakamkan gambar dengan pantas melalui kamera terbina padanya. Perkhidmatan terbina daripada Sony, iaitu Sony Entertainment Network turut disertakan bersama dengannya.

Dari segi spesifikasi, Xperia Go membawakan skrin seluas 3.5-inci, kamera 5-megapixel, skrin tahan lasak, kalis habuk dan air, serta menggunakan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras bersama-sama dengannya. Ia turut dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread dengan sokongan untuk dikemaskini kepada Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Xperia Acro S pula membawakan skrin seluas 4.3-inci dengan sokongan paparan 720p HD, kamera 12-megapixel dengan sokongan rakaman video 1080p melalui kamera belakang, dan 720p melalui kamera hadapan, cip pemprosesan 1.5GHz, dan didatangkan bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Selain itu, ia turut didatangkan dengan sokongan sambungan HDMI kepada TV dan juga NFC.

Buat masa ini, kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd