Cari @ Amanz

Setelah DiGi dan Celcom masing-masing hadir dengan pelan dan pakej jualan mereka, kini Maxis turut sama telah pun menerbitkan pelan dan pakej untuk peranti Samsung Galaxy S3, dimana melalui promosi selama empat hari, bermula daripada hari ini sehingga 3 Jun, para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM999.

Maxis menyediakan beberapa pakej dan pelan khas bersama-sama dengan peranti Samsung Galaxy S3, dengan pilihan tempoh komitmen selama 12 bulan, 18 bulan mahupun 24 bulan, dengan pilihan penggunaan data sebanyak 1GB ataupun 3GB.

Bagi pengguna yang berminat mendapatkannya melalui Maxis, mereka hanya perlu memilih pelan Value First atau Value Plus dan memilih pilihan pilihan data 1GB (RM48 sebulan) atau 3GB (RM68 sebulan).

Menariknya, bagi pengguna Maxis, selain daripada ruangan tambahan Dropbox yang didapati melalui Samsung Galaxy S3, mereka juga turut sama ditawarkan dengan ruangan tambahan Loker sebanyak sehingga 25GB secara percuma dengan pembelian Samsung Galaxy S3 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd