Cari @ Amanz

Aplikasi Flipboard merupakan salah satu perkara yang dinantikan, dan kini pihak Flipboard sendiri telah memulakan ujian beta untuk aplikasi tersebut, dengan menghantar emel secara rawak, selain turut membolehkan ianya dimuat-turun secara rasmi daripada laman web mereka.

Untuk makluman, Flipboard membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kandungan daripada web dalam bentuk yang disesuaikan untuk peranti mudah-alih mereka. Aplikasi ini telah pun sedia popular pada platform iOS, dan kini ia turut ditawarkan secara rasminya dalam bentuk kepada para pengguna Android.

Melalui ujian beta ini, ia membolehkan pihak Flipboard mengetahui bagaimanakah ianya berfungsi pada pelbagai skrin, dan supaya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah pada versi akhirnya kelak.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendaftarkan diri dan mencuba sendiri aplikasi tersebut hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd