Opera Mini 7 Untuk Telefon Bimbit Dilancarkan

Opera Mini 7 Untuk Telefon Bimbit Dilancarkan

Diterbitkan pada Mei 31, 2012 oleh .

Dalam industri pelayar web mudah-alih, Opera Mini boleh dikatakan mendahului pelbagai pelayar web yang lain, dan hari ini, pihak pembangunnya, Opera Software telah pun melancarkan kemaskini untuknya, iaitu Opera Mini 7, yang mana membawakan pelbagai fungsi menarik, walaupun untuk pengguna telefon bimbit biasa.

Salah satu fungsi baru yang didatangkan bersama Opera Mini 7 adalah sokongan Smart Page. Melaluinya, ia menawarkan sebuah halaman khas, membawakan berita daripada pelbagai laman melalui sokongan RSS, termasuk laman sosial popular seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Ianya sekaligus memudahkan para pengguna mendapatkan dan mengakses pelbagai kandungan yang penting untuk para pengguna telefon bimbit dengan mudah, tanpa perlu menggunakan data internet yang tinggi berbanding kebiasaan.

Bagi para pengguna telefon bimbit biasa yang berasaskan Java (J2ME), S60 dan juga BlackBerry, anda boleh memuat-turun Opera Mini 7 hari ini, dan menggunakannya dalam mengakses internet dengan mudah.


TIPS & ULASAN