Salah satu aplikasi permainan popular pada peranti mudah-alih, selain daripada Angry Birds adalah Cut The Rope. Menariknya, untuk tempoh masa yang terhad, pihak pembangunnya, ZeptoLab menawarkan permainan Cut The Rope : Experiments secara percuma untuk semua pengguna iOS.
Namun, ia tidak diketahui sampai bilakah permainan tersebut ditawarkan secara percuma. Melalui kemaskini yang diperkenalkan, mereka turut sama menyertakan sebanyak 25 tahap permainan baru, sama seperti pada versi Android. Tetapi menariknya, pengguna iOS ia ditawarkan secara percuma sehingga suatu masa, yang mana tidak diumumkan oleh pembangunnya.
Melalui Cut The Rope : Experiments, ia merupakan versi baru dan membawakan beberapa penambahan berbanding versi Cut The Rope biasa. Sekiranya anda merupakan pengguna iOS, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma hari ini, terus daripada AppStore.