Cari @ Amanz

Jikalau Google+ sedia mempunyai sokongan menetapkan seseorang sebagai pentabdir Google+ Pages, tanpa menjejaskan kedudukan pemilik Pages tersebut, kini Facebook turut sama membawakan fungsi tersebut, membolehkan pemilik sesuatu halaman itu lebih terlindung.

Hari ini, Facebook menambah fungsi yang dinamakan sebagai Admin Roles untuk setiap Facebook Page, membolehkan pentabdir laman tersebut menetapkan peranan dan tahap akses kepada sesuatu halaman. Antara perkara yang disediakan, termasuk Manager, Content Creator, Moderato, Advertiser, dan juga Insights Analyst. Setiap peranan mempunyai tahap akses kepada sesuatu halaman, sekaligus menjadikan Facebook Pages lebih terlindung daripada digodam dan sebagainya.

Bagi pemilik Facebook Page sedia ada, anda boleh mengakses tetapan Admin Roles daripada halaman tetapan untuk Page, dan membuat had dan peranan untuk setiap pentadbir di sana bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd