Cari @ Amanz

Google telah pun sedia memudahkan para pengguna menjelajah seluruh dunia terus melalui pelayar web dengan menggunakan Google Earth, Maps, dan beberapa perkhidmatan yang lain. Dan untuk menambah kepadanya, hari ini, Google memperkenalkan World Wonders Project.

Seperti pada namanya, ia membolehkan para pengguna melayari pelbagai lokasi dengan keajaiban tersendiri di seluruh dunia. Sebagai pengenalan, sebanyak 132 lokasi daripada 18 negara berbeza padanya. Melaluinya, ia mengintegrasikan pelbagai sokongan dan fungsi sedia ada daripada Google, terutamanya sokongan Street View, membolehkan para pengguna melihat dengan lebih dekat pelbagai keajaiban dunia terus melalui pelayar web mereka.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk melihat pelbagai keajaiban dunia terus melalui pelayar web anda, boleh layari laman rasmi World Wonders Project, dan mendalami sendiri pelbagai budaya dan sejarah senibina melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd