Pandang Pertama : Asus Transfomer Pad TFT300T

Pandang Pertama : Asus Transfomer Pad TFT300T

Diterbitkan pada June 1, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Asus Transformer Pad TFT300T telah pun mula dijual di Malaysia bermula hari ini, dan kami bertuah kerana salah seorang pembaca telah pun berkongsi gambar Asus Transformer Pad TFT300T dengan lebih dekat.

Melalui tablet ini, selain beberapa aplikasi tambahan daripada pihak Asus, ia turut disertakan dengan sokongan audio Sonic Master padanya. Dari segi spesifikasi pula, ia membawakan skrin sentuh WXGA seluas 10.1-inci, cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 1.2GHz empat-teras, kamera hadapan 1.2-megapixel, kamera belakang 8-megapixel, masa bertahan bateri selama 10 jam (15 jam dengan sokongan dock, serta sokongan multi-touch sehingga 10 jari. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkannya daripada pengedar rasmi Asus seluruh negara pada harga RM1799.

Terima kasih @AculNetwork untuk gambar.


TIPS & ULASAN