Asus Transfomer Pad TFT300T Kini Di Malaysia – Berharga RM1799

Asus Transfomer Pad TFT300T Kini Di Malaysia – Berharga RM1799

Diterbitkan pada June 1, 2012 oleh .

Salah satu tablet terbaru daripada Asus untuk pasaran Malaysia adalah Asus Transfomer Pad TFT300T, yang mana telah pun dimulakan jualannya pada harga RM1799, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi tablet Asus seluruh negara bermula daripada hari ini.

Melalui Asus Transfomer Pad TFT300T, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras dengan bateri yang bertahan sehingga lebih 15 jam lamanya. Ia turut disertakan bersama-sama dengan kamera 8-megapixel, serta sokongan audio berkualiti tinggi melalui Sonic Master.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin sentuh bersaiz 10.1-inci WXGA, sokongan multi-touch sehingga 10 jari, diana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, cip pemprosesan NVIDIA Tegra 3 1.2GHz, kamera hadapan 1.2-megapixel. Dari segi masa bertahan bateri pula, tabletnya sahaja mampu bertahan sehingga 10 jam, dan dengan disambungkan kepada dock, ia mampu bertahan sehingga 15 jam lamanya.

Selain daripada rekabentuk menarik, ia juga turut dioptimasikan untuk pengguna yang inginkannya untuk tujuan hiburan dan multimedia, disamping untuk membuat kerja. Asus Transfomer Pad TFT300T turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan SuperNote untuk memudahkan anda mengambil nota, disamping didatangkan dengan sokongan App Backup.

Jadi, sekiranya anda tercari-cari tablet Ice Cream Sandwich terkini di pasaran, mungkin boleh mendapatkannya hari ini pada harga RM1799, ataupun menantikan pengumuman pihak Asus pada Computex kelak berkenaan keluarga baru tablet Transformers mereka.


TIPS & ULASAN