Cari @ Amanz

Skyrim, seperti semua sedia maklum, telah menjadi permainan paling popular pada tahun lepas, dan kini pembangunnya, Bethesda telah pun mengeluarkan trailer pertama untuk kemaskini (expansion) permainan tersebut, iaitu Dawnguard yang bakal dilancarkan sebagai tambahan kepada permainan Skyrim tidak lama lagi.

Melaluinya, para pemain akan melalui sebuah siri cabaran baru, memerlukan pemain melalui dan membunuh pelbagai raksasa dan pontianak. Dari segi jalan cerita pula, Dawnguard ini mengesahkan protagonis permainan Skyrim, iaitu Dragonborn yang tersepit dalam konflik diantara pihak pontianak dan juga Dawnguard.

Permainan ini dijangka akan diperkenalkan dalam bentuk eksklusif untuk Xbox 360 terlebih dahulu kelak pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd