Asus Bakal Membawakan Peranti Hibrid Antara Windows Dan Android?

Asus Bakal Membawakan Peranti Hibrid Antara Windows Dan Android?

Diterbitkan pada June 1, 2012 oleh .

Asus terus mengeluarkan video kedua untuk peranti baru di Computex kelak, dimana melalui video kedua yang dipertontonkan, ia memperlihatkan, Asus akan membawakan All-In-One (AIO) yang mengintegrasikan dan menyertakan kedua-dua sistem operasi popular, iaitu Windows dan juga Android.

Maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui sepenuhnya. Melalui video yang dimuat-naik oleh pihak Asus, ia memperlihatkan sebuah titisan air yang membahagi kepada dua, iaitu Windows dan juga Android.

Computex bakal diadakan di Taiwan pada 5 Jun hingga 9 Jun kelak, yang mana bakal menyaksikan pelbagai syarikat besar memperkenalkan produk-produk baru mereka kepada umum.

Dan tentunya dengan video promosi ini, peranti hibrid daripada Asus akan menjadi salah satu peranti yang dinantikan ramai pengumumannya.


TIPS & ULASAN