Visual Studio 11 Beta Dijenamakan Semula Sebagai Visual Studio 2012

Visual Studio 11 Beta Dijenamakan Semula Sebagai Visual Studio 2012

Diterbitkan pada June 1, 2012 oleh .

Selain dari pelancaran Windows 8 Release Preview, Microsoft turut memulakan bulan Jun dengan menjenamakan semula perisian persekitaran pembangunan bersepadu (IDE) Visual Studio 11 yang telah tersebar dalam bentuk BETA lebih tiga bulan yang lalu kepada Visual Studio 2012.

Melaluinya, ianya menyertakan antaramuka yang lebih kemas bersama-sama rekaan logo rasmi yang baru dan proses pemasangan awal yang lebih mudah. Lebih menarik, Visual Studio 2012 dikatakan 20 kali lebih pantas berbanding versi lain yang dikeluarkan sebelum ini dan turut menyokong penuh pembangunan aplikasi Windows 8.

Microsoft turut mengumumkan bahawa Visual Studio 2012 hanya akan memfokuskan pengguna sistem operasi Windows Vista dan keatas bersama-sama dengan sokongan .NET Framework 4.5.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun perisian ini secara percubaan 90 hari daripada laman rasmi Visual Studio, sebelum ianya dilancarkan secara rasmi kelak.


TIPS & ULASAN